Kutipan derma untuk pembinaan surau Al-Husna, Seksyen 20 Shah Alam

Maklumat Terkini 5 Julai 2011

Pembinaan siap 70%. Jumlah kutipan derma RM350,000 - Perlukan lagi RM350,000




Semua Muslimin dan Muslimat dijemput untuk menyertai skim wakaf yang diwujudkan bagi pembinaan surau ini. Penyertaan wakaf boleh dibuat melalui Borang B1, Saham Wakaf Selangor (SWS) sebagaimana telah diberikan kelulusan melalui surat Bil (08) dlm MAIS/PE/BML/01/007/09 Jld.3 bertarikh 27hb. Oktober 2009.

Keluasan ruang pembinaan yang ditawarkan ialah 4,235 kaki persegi. Nilai minima Saham Wakaf ialah RM10.00 bagi setiap 1 unit dan tiada had maksima. Pihak Surau Al-Husna menetapkan 15 Unit SWS bersamaan 1 kaki persegi bernilai RM150.00. Bagaimanapun peserta bebas untuk memilih bilangan unit atau jumlah wang yang ingin diwakafkan.

Penyertaan wakaf tunai boleh dibuat melalui Borang B1, SWS dan resit rasmi Maijlis Agama Islam Selangor oleh pihak surau untuk akaun Surau Al-Husna, bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Setiap Saham Wakaf akan dikeluarkan resit dan Sijil Saham Wakaf akan dikeluarkkan oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi penyertaan yang melebihi RM50.00 atau 5 unit.

Penyertaan SWS mendapat pengecualian Cukai Pendapatan melalui rujukan: LHDN.01 /35/42/51 /179-6.5821. Warta Kerajaan bertarikh 27hb. Julai 2004.

Kebenaran menggunapakai prosedur kutipan Saham Wakaf Selangor akaun Surau Al-Husna. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberi kebenaran kepada Surau Al-Husna untuk menggunapakai prosedur kutipan Saham Wakaf Selangor untuk tempoh 6 bulan dari tarikh 9 Disember 2009 (22 Zulhijjah 1430). Rujukan kebenaran ialah Bil (02) dlm. MAIS/KP/BBM/03/019/16.

Surau yang asal









1. TUJUAN

Memberi peluang kepada Muslimin dan Muslimat untuk membuat amal jariah iaitu bersama-sama mengumpul dana pembinaan surau tetap bagi menggantikan surau sementara yang telah uzur. Surau baru yang bakal dibina akan mempunyai ruang solat yang lebih luas dan selesa untuk menampung jemaah serta dilengkapi beberapa kemudahan seperti tempat wudhu' lelaki dan perempuan, bilik air, di samping ruang pengurusan jenazah untuk kegunaan penduduk setempat.


2. LATAR BELAKANG

Surau Al-Husna telah dibina dan digunakan sejak tahun 2003. Pembinaannya hanyalah berbentuk sebuah kabin hasil sumbangan derma ahli qariah dan penduduk setempat. Selepas beberapa tahun, ia telah melalui pelbagai fasa pembesaran. Surau ini boleh menampung seramai 50 hingga 70 orang jemaah pada suatu masa.
Pembinaan bangunan surau baru nanti diharapkan boleh memuatkan sehingga 270 orang jemaah selain mempunyai pelbagai kelengkapan yang diperlukan. Sehingga kini Surau Al-Husna menjadi tempat tetap ahli qariah melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan selain sebagai tempat menunaikan Solat berjemaah.
Di samping itu, surau Al-Husna juga mengadakan program harian, mingguan dan bulanan seperti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Ceramah Agama dan Umum Bulanan, Kelas Fardhu Ain untuk Muslimat, Kelas Pengajian Al-Quran dan Program Kitar Semula setiap bulan. Program-program lain adalah diatur berdasarkan Hari kebesaran dan peristiwa penting mengikut kalendar Islam.

Mulai tahun 2006, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meluluskan bangunan surau ini sebagai Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA). Sehingga kini, terdapat kira-kira 100 orang murid dengan dua sesi persekolahan pagi dan petang mengikut tahap.
Program Kitar Semula telah dimulakan semenjak tahun 2005 dan sentiasa mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari ahli qariah. Program ini merupakan salah satu usaha mengumpul dana bagi tujuan pembiayaan aktiviti dan operasi. Di samping mendidik ahli qariah menjaga kebersihan persekitaran, mereka digalakkan menderma barang-barang terpakai dan boleh dikitar semula.

Melalui pelbagai program dan akltiviti yang diadakan, ahli qariah dapat mengeratkan ukhuwwah di kalangan mereka serta dapat menunaikan tanggungjawab Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah.


3. LOKASI SURAU

Surau Al-Husna terletak di kawasan lapang bersebelahan taman permainan di Jalan Landak 20/13, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


4. PELAN SURAU

i. Kelulusan Pelan

Kelulusan pelan telah diberikan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan kebenaran pembinaan juga telah diperolehi daripada pihak berkuasa.

ii. Anggaran Kos Pembinaan – Anggaran RM700,000
iii. Kemudahan yang bakal disediakan:
>> Dewan Sembahyang (270 jemaah)
>> Tempat wudhuk Lelaki dan Wanita
>> Bilik Air Lelaki dan Wanita
>> Ruang Pengurusan Jenazah
>> Pejabat dan Bilik Mesyuarat